Wednesday 1 February 2012

Pengenalan teknik cetakan "WATER SLIDE".


Apa itu teknik waterslide/ water transfer????

Sedar atau tidak, teknik cetakan ini kerap kali digunakan untuk mencetak cenderamata-cenderamata seperti gelas, mug, pinggan dan item lain. Sebenarnya, teknik ini adalah teknik cetakan yang boleh dikatakan teknik berKOS rendah dari segi kos barangan, material dan juga kos setup. Teknik cetakan ini seakan-akan melekatkan sticker keatas produk seperti mug dan sebagainya.

Jadi, apa bezanya dengan sticker, baik guna sticker……

Perbezaan dengan penggunaan sticker adalah, sticker lebih tebal dari waterslide paper. Jadi, teknik waterslide printing lebih Nampak berkualiti berbanding sticker. Dari segi cara cetak pula, lebih mudah untuk cetak kertas waterslide berbanding mencetak sticker. Jika cetak sticker, kita perlu gunakan solvent ink atau ink khas untuk pvc manakala untuk mencetak kertas waterslide, kita hanya perlu gunakan printer inkjet atau laser.

Saya juga sering melihat produk-produk kreatif yang dijual di online (blog & rangkaian social). Kebanyakan produk mereka turut dicetak menggunakan teknik ini. Antara produk yang mereka jual adalah souvenir kahwin seperti mug, gelas dan pelbagai lagi. Antara Page yang saya sempat lihat yang menggunakan teknik cetakan waterslide :-

produk-produk teknik waterslide 1

produk-produk waterslide 2


Berikut adalah video untuk memudahkan kefahaman anda dalam bidang cetakan waterslide. Selamat mencuba!

Video cara penghasilan produk cetakan waterslide

Monday 31 October 2011

Teknik sublimation vs. silksreen

Dalam topik kali ini kita akan bincangkan perbezaan antara dua jenis teknik ini. Perbezaan boleh di bahagi kepada beberapa bhgian utk memudahkn anda memahami konsep kedua-dua teknik cetakan ini.Perbezaan-perbezaannya adalah dari segi :-

1) Proses cetakan
Proses cetakan sublimation secara teknikalnya adalah lebih mudah berbanding cetakan silkscreen.
Teknik sublimation hanya menggunakan printer untuk mencetak design dan kertas tersebut akan di pindahkan keatas produk. Jadi secara ringkas, proses ini hanya melibatkan 2 proses, cetak dan transfer.

Untuk cetakan silkscreen pula, design itu sendiri perlu diasingkan warna (color separation. kemudian design perlu dicetak dengan warna hitam. Block (bingkai/frame kain mesh) perlu disediakan bg membuat acuan design. chemical "emulsion" perlu disapu pada kain mesh dan tunggu hingga kering. kemudian, design yg dicetak menggunakan kertas tadi perlu ditekapkan pada block yg telah kering td. kemudian block tersebut perlu di expose kpd lampu (exposer). Selepas beberapa minit, blok tadi perlu dicuci dengan menggunakan penembak air (air perlu kuat) bagi mengeluarkan emulsion pada block. kemudian proses "mematikan" emulsion perlu di lakukan sama ada menjemur dibawah sinar matahari atau mengunakan lampu lagi (proses ini akan memanjangkan hayat penggunakaan block-supaya emulsion tidak tanggal).selepas itu, ink perlu dibancuh mengikut warna yg dikehendaki. Meja khas untuk cetakan juga perlu di sediakan untuk teknik cetakan ini. Kemudian barulah proses cetakan bermula.

2) peralatan dan mesin

Peralatan untuk teknik cetakan sublimation adalah
a) Mesin heat press
b) Printer sublimation (Epson)
c) Ink sublimation
d) Sublimation blank (produk kosong sublimation)
e) heat tape
f) kain teflon

Peralatan untuk teknik cetakan silkscreen adalah
a) Table (with table glue)
b) wood/alluminium frame
c) kain mesh (mengikut jenis)
d) emulsion
e) lampu (exposer)
f) squgee
g) dye/rubber ink
h) mixer (untuk bancuh ink)
i) pengering rambut
j) penembak air

3) ink (dakwat)
untuk teknik cetakan sublimation, ink sublimation digunakan (dye-sublimation) manakala untuk silkscreen pula, terdapat pelbagai jenis ink di pasaran mengikut kualiti dan jenis cetakan. antara ink silkscreen adalah, TC dye, rubberrise dye, embosse dye, florecent dye.

4) masa
Proses cetakan teknik sublimation hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk siap (tidak termasuk design), manakala teknik silkscreen memakan masa yang agak lama bergantung teknik, kebiasaannya proses penyediaan bahan hinggan ke cetakan memakan masa 2-3 jam. produk perlulah mempunyai kuantiti (tidak boleh mencetak 1 unit sahaja-akan rugi)

5) Kos
Kos teknik cetakan sublimation adalah lebih tinggi kerana teknik ini perlu mempunyai mesin
heat press (RM1000-3000), sublimation ink (100ml RM50-60), produk sublimation (cth: mug
RM3/pcs). namun teknik ini lebih mudah dan menjimatkan masa.

Untuk teknik silkscreen pula, kos amat rendah. boleh "recyle" barangan lama seperti meja, kayu (frame), lampu lama (exposer). kos keseluruhan tidak sampai RM1000

Terdapat pelbagai lagi perbezaan antara kedua-dua teknik ini. di harap pembaca dapat info berguna untuk memilih.

Friday 28 October 2011

Produk yang boleh dihasilkan oleh teknik sublimation?













 

Pasaran teknik cetakan sublimation di Malaysia.

Jika bercakap tentang perniagaan, timbul pelbagai persoalan berkaitan pernigaan tersebut. tidak kira apa jua jenis perniagaan pun. Persoalan ini jika ditangani dengan betul akan memberi impak positif kepada bakal pengusaha. jika sebaliknya, harapan dan impian seseorang itu mungkin hanya akan terkubur begitu sahaja.Oleh itu, sebelum membuat sebarang andaian, perlulah mengkaji dahulu sesuatu info itu dan boleh juga bertanyakan pada yang pakar.

Berbalik kepada perniagaan cetakan sublimation, dari segi pengenalan produk, teknik cetakan sublimation di Malaysia telah pun wujud  pada tahun 90-an lagi, namun, produk ini tidak terlalu menonjol kerana kurang pendedahan.

Dari sudut penerimaan pengguna terhadap barangan ini amat menakjubkan. Hal ini kerana pengguna cenderung untuk memilih cenderamata atau hadiah secara “custom” atau personal. Maksudnya, dari memilih hadiah yang telah siap, mereka lebih suka memilih hadiah yang mempunyai gambar orang tersayang atau mempunyai tulisan tertentu pada produk tersebut.

Dari sudut penggunaan komersial, barangan sublimation yang telah siap sering digunakan dalam pemasaran kebanyakan perniagaan untuk promosi. Sebagai contoh, syarikat insuran menggunakan mug yang mempunyai logo syarikat mereka atau gambar mereka sendiri di atas mug tersebut. Tujuan adalah supaya pelanggan mengigati mereka.

Pasaran produk ini tidak terbatas di dalam Negara sahaja kerana produk ini amat popular di Negara maju seperti singapura, hong kong, jepun, Australia, amerika syarikat, Britain dan banyak lagi. Di Negara eropah, produk-produk ini amat popular hinggakan banyak syarikat berkaitan cetakan ini ditubuhkan. Pengguna sanggup membayar pada harga yang mahal disana untuk mendapatkan produk ini.

Trend pembelian secara online dapat memberikan kelebihan kepada industry sublimation Negara kita kerana harga di asia adalah lebih murah berbanding di eropah. Jadi tidak hairanlah jika ramai pelanggan eropah beralih arah membeli barangan dari asia termasuk Malaysia kerana harga yang jauh lebih murah. Dunia tanpa sempadan memberikan kita kelebihan jika mempunyai skill dalam bidang IT.

Sublimation printing (cetakan pemejalwapan)



Percetakan sublimation atau teknik pindahan haba (Heat press) adalah proses pemindahan sesuatu imej dari “kertas sublimation” yang dicetak dari pencetak sublimation dan kemudian ditekap keatas produk sublimation dengan menggunakan mesin tekanan haba "heat press machine”.

Proses ini mengambil masa yang minima, dan cetakan akan kekal selamanya. Proses ini hanya memerlukan kos yang berpatutan untuk membuat sesuatu cetakan dan biasanya perniagaan seperti ini akan mendapat keuntungan yang memberangsangkan. Sejak kebelakangan ini, teknik sublimation digunakan untuk membuat pelbagai jenis barang seperti t-shirt, mug, puzzle, keychain, plate dan sebagainya mengikut kehendak pelanggan.

Proses pencetakkan ini amat mudah di jalankan dan mendapat tempat di pasaran pada masa kini. Teknik sublimation telah mendapat tempat dalam beberapa industri terutamanya dalam industri percetakan hadiah peribadi sebagai alternative pengeluaran yang cepat. Teknik sublimation ini boleh mencetak hadiah atau barang keperluan lain dengan serendah satu unit pada harga yang sangat kompetitif. Selain itu, Teknik sublimation ini dapat membantu persekitaran yang bersih dan menjadikan alam semula jadi selamat malah menjadikan kesihatan dan persekitaran dalam keadaan terpelihara.

Dari segi penggunaan warna pada produk, teknik ini jauh lebih menarik dari teknik-teknik cetakan lain. Untuk teknik ini, produk dapat dicetak dengan warna CMYK (full color)
Dan tidak memerlukan “block” seperti teknik silkscreen. Oleh itu, produk ini dapat dikategorikan sebagai produk premium dan boleh dipasarkan pada harga yang lebih menguntungkan.

Blog rasmi percetakan sublimation | Printech Solution

Salam sejahtera,

Tujuan blog ini dibina adalah bagi membantu komuniti percetakan teknik sublimation di Malaysia. Selain itu, blog ini bertujuan untuk mengumpulkan seramai mungkin pengusaha-pengusaha dan pengedar sublimation di negara ini supaya bergabung di bawah satu bumbung.

Dengan blog ini, info dapat diperoleh secara percuma dan segala permasalahan berkaitan teknik cetakan ini dapat dikongsi bersama. Segala info ini dapat dijadikan panduan buat "orang baru" atau "orang lama" dalam percetakan sublimation.

Di harap blog ini dapat membantu mengembangkan lagi industri cetakan sublimation di negara kita.