Friday 28 October 2011

Sublimation printing (cetakan pemejalwapan)



Percetakan sublimation atau teknik pindahan haba (Heat press) adalah proses pemindahan sesuatu imej dari “kertas sublimation” yang dicetak dari pencetak sublimation dan kemudian ditekap keatas produk sublimation dengan menggunakan mesin tekanan haba "heat press machine”.

Proses ini mengambil masa yang minima, dan cetakan akan kekal selamanya. Proses ini hanya memerlukan kos yang berpatutan untuk membuat sesuatu cetakan dan biasanya perniagaan seperti ini akan mendapat keuntungan yang memberangsangkan. Sejak kebelakangan ini, teknik sublimation digunakan untuk membuat pelbagai jenis barang seperti t-shirt, mug, puzzle, keychain, plate dan sebagainya mengikut kehendak pelanggan.

Proses pencetakkan ini amat mudah di jalankan dan mendapat tempat di pasaran pada masa kini. Teknik sublimation telah mendapat tempat dalam beberapa industri terutamanya dalam industri percetakan hadiah peribadi sebagai alternative pengeluaran yang cepat. Teknik sublimation ini boleh mencetak hadiah atau barang keperluan lain dengan serendah satu unit pada harga yang sangat kompetitif. Selain itu, Teknik sublimation ini dapat membantu persekitaran yang bersih dan menjadikan alam semula jadi selamat malah menjadikan kesihatan dan persekitaran dalam keadaan terpelihara.

Dari segi penggunaan warna pada produk, teknik ini jauh lebih menarik dari teknik-teknik cetakan lain. Untuk teknik ini, produk dapat dicetak dengan warna CMYK (full color)
Dan tidak memerlukan “block” seperti teknik silkscreen. Oleh itu, produk ini dapat dikategorikan sebagai produk premium dan boleh dipasarkan pada harga yang lebih menguntungkan.

1 comment: