Friday 28 October 2011

Pasaran teknik cetakan sublimation di Malaysia.

Jika bercakap tentang perniagaan, timbul pelbagai persoalan berkaitan pernigaan tersebut. tidak kira apa jua jenis perniagaan pun. Persoalan ini jika ditangani dengan betul akan memberi impak positif kepada bakal pengusaha. jika sebaliknya, harapan dan impian seseorang itu mungkin hanya akan terkubur begitu sahaja.Oleh itu, sebelum membuat sebarang andaian, perlulah mengkaji dahulu sesuatu info itu dan boleh juga bertanyakan pada yang pakar.

Berbalik kepada perniagaan cetakan sublimation, dari segi pengenalan produk, teknik cetakan sublimation di Malaysia telah pun wujud  pada tahun 90-an lagi, namun, produk ini tidak terlalu menonjol kerana kurang pendedahan.

Dari sudut penerimaan pengguna terhadap barangan ini amat menakjubkan. Hal ini kerana pengguna cenderung untuk memilih cenderamata atau hadiah secara “custom” atau personal. Maksudnya, dari memilih hadiah yang telah siap, mereka lebih suka memilih hadiah yang mempunyai gambar orang tersayang atau mempunyai tulisan tertentu pada produk tersebut.

Dari sudut penggunaan komersial, barangan sublimation yang telah siap sering digunakan dalam pemasaran kebanyakan perniagaan untuk promosi. Sebagai contoh, syarikat insuran menggunakan mug yang mempunyai logo syarikat mereka atau gambar mereka sendiri di atas mug tersebut. Tujuan adalah supaya pelanggan mengigati mereka.

Pasaran produk ini tidak terbatas di dalam Negara sahaja kerana produk ini amat popular di Negara maju seperti singapura, hong kong, jepun, Australia, amerika syarikat, Britain dan banyak lagi. Di Negara eropah, produk-produk ini amat popular hinggakan banyak syarikat berkaitan cetakan ini ditubuhkan. Pengguna sanggup membayar pada harga yang mahal disana untuk mendapatkan produk ini.

Trend pembelian secara online dapat memberikan kelebihan kepada industry sublimation Negara kita kerana harga di asia adalah lebih murah berbanding di eropah. Jadi tidak hairanlah jika ramai pelanggan eropah beralih arah membeli barangan dari asia termasuk Malaysia kerana harga yang jauh lebih murah. Dunia tanpa sempadan memberikan kita kelebihan jika mempunyai skill dalam bidang IT.

No comments:

Post a Comment