Monday 31 October 2011

Teknik sublimation vs. silksreen

Dalam topik kali ini kita akan bincangkan perbezaan antara dua jenis teknik ini. Perbezaan boleh di bahagi kepada beberapa bhgian utk memudahkn anda memahami konsep kedua-dua teknik cetakan ini.Perbezaan-perbezaannya adalah dari segi :-

1) Proses cetakan
Proses cetakan sublimation secara teknikalnya adalah lebih mudah berbanding cetakan silkscreen.
Teknik sublimation hanya menggunakan printer untuk mencetak design dan kertas tersebut akan di pindahkan keatas produk. Jadi secara ringkas, proses ini hanya melibatkan 2 proses, cetak dan transfer.

Untuk cetakan silkscreen pula, design itu sendiri perlu diasingkan warna (color separation. kemudian design perlu dicetak dengan warna hitam. Block (bingkai/frame kain mesh) perlu disediakan bg membuat acuan design. chemical "emulsion" perlu disapu pada kain mesh dan tunggu hingga kering. kemudian, design yg dicetak menggunakan kertas tadi perlu ditekapkan pada block yg telah kering td. kemudian block tersebut perlu di expose kpd lampu (exposer). Selepas beberapa minit, blok tadi perlu dicuci dengan menggunakan penembak air (air perlu kuat) bagi mengeluarkan emulsion pada block. kemudian proses "mematikan" emulsion perlu di lakukan sama ada menjemur dibawah sinar matahari atau mengunakan lampu lagi (proses ini akan memanjangkan hayat penggunakaan block-supaya emulsion tidak tanggal).selepas itu, ink perlu dibancuh mengikut warna yg dikehendaki. Meja khas untuk cetakan juga perlu di sediakan untuk teknik cetakan ini. Kemudian barulah proses cetakan bermula.

2) peralatan dan mesin

Peralatan untuk teknik cetakan sublimation adalah
a) Mesin heat press
b) Printer sublimation (Epson)
c) Ink sublimation
d) Sublimation blank (produk kosong sublimation)
e) heat tape
f) kain teflon

Peralatan untuk teknik cetakan silkscreen adalah
a) Table (with table glue)
b) wood/alluminium frame
c) kain mesh (mengikut jenis)
d) emulsion
e) lampu (exposer)
f) squgee
g) dye/rubber ink
h) mixer (untuk bancuh ink)
i) pengering rambut
j) penembak air

3) ink (dakwat)
untuk teknik cetakan sublimation, ink sublimation digunakan (dye-sublimation) manakala untuk silkscreen pula, terdapat pelbagai jenis ink di pasaran mengikut kualiti dan jenis cetakan. antara ink silkscreen adalah, TC dye, rubberrise dye, embosse dye, florecent dye.

4) masa
Proses cetakan teknik sublimation hanya mengambil masa 10 minit sahaja untuk siap (tidak termasuk design), manakala teknik silkscreen memakan masa yang agak lama bergantung teknik, kebiasaannya proses penyediaan bahan hinggan ke cetakan memakan masa 2-3 jam. produk perlulah mempunyai kuantiti (tidak boleh mencetak 1 unit sahaja-akan rugi)

5) Kos
Kos teknik cetakan sublimation adalah lebih tinggi kerana teknik ini perlu mempunyai mesin
heat press (RM1000-3000), sublimation ink (100ml RM50-60), produk sublimation (cth: mug
RM3/pcs). namun teknik ini lebih mudah dan menjimatkan masa.

Untuk teknik silkscreen pula, kos amat rendah. boleh "recyle" barangan lama seperti meja, kayu (frame), lampu lama (exposer). kos keseluruhan tidak sampai RM1000

Terdapat pelbagai lagi perbezaan antara kedua-dua teknik ini. di harap pembaca dapat info berguna untuk memilih.

9 comments:

  1. kalau cetak pd tsirt yang mana tahan lama?sublimation or silkscreen?

    ReplyDelete
  2. kedua2 tahan lama. lama kelamaan silkscreen akan ada rekahan pada design, manakala sublimation akan faded jika terdedah terlalu lama pada sinar UV. jangkamasa 2-8 tahun ketahanan. silkscreen ada kelebihannya, dan sublimation ada kelebihannya..begitu juga sebaliknya.

    ReplyDelete
  3. Boleh Terangkn Kelebihan Dan Kekurangan Sublimation VS Pigment

    ReplyDelete
  4. apa masalah kalau imej tk terang pd baju sekiranya guna sublimation printing heat transfer?

    ReplyDelete
  5. saya ada buat jersey sublimation.

    jika berminat..sila contact saya di 017 3113301

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada machine sub ye? klu nak buat sublimation kt baju boleh?

      Delete
    2. boleh custom untuk flag x? sublimation. budget rm 40. 0196890331

      Delete
  6. Sy print pada t-shirt cottan printing JD pudar slps 2 Kali cuci.heatpress sublimation..ape masalah tu ye

    ReplyDelete
  7. ape beza heatpress dng sublimation?.

    ReplyDelete